Tembok runtuh punca banjir lumpur

Iklan
Tembok pembinaan yang dibina pemaju perumahan bersebelahan Taman Bidara Jaya I, Masjid Tanah yang runtuh hingga mengakibatkan sembilan buah rumah dilanda banjir lumpur awal pagi tadi.

ALOR GAJAH - Hujan lebat berterusan menyebabkan sembilan buah rumah teres satu tingkat di Taman Bidara Jaya I, Masjid Tanah dilanda banjir lumpur berpunca dari tembok pembinaan rumah runtuh awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 pagi, sebuah van penduduk turut mengalami kerosakan teruk akibat ditimpa batu dan tanah dari tembok yang dibina oleh pemaju perumahan bersebelahan taman mereka.

Iklan
Iklan

Penduduk, Rosli Ujang, 57, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah sebelum terdengar bunyi kuat lalu bergegas keluar dan terkejut melihat tembok setinggi kira-kira 1.5 meter runtuh.

Menurutnya, kejadian berlaku begitu pantas dan runtuhan itu turut mengakibatkan lumpur melimpah masuk ke dapur sebelum merebak ke ruang tamu dan tiga bilik.

Iklan

"Ketika itu saya dan isteri serta lima orang anak berada di dalam rumah dan kami segera menyelamatkan diri.

Tembok pembinaan yang dibina pemaju perumahan bersebelahan Taman Bidara Jaya I, Masjid Tanah yang runtuh hingga mengakibatkan sembilan buah rumah dilanda banjir lumpur awal pagi tadi.

"Kami hanya sempat menyelamatkan barang-barang dan perabot kerana kejadian berlaku begitu pantas," katanya.

Iklan

Seorang lagi penduduk, Sukri Rashid, 45, berkata, bukan sahaja ruang tamu rumahnya dilanda banjir lumpur malah lebih menyedihkan van yang merupakan mata pencarian untuk menyara keluarga ditimpa batu tembok yang runtuh.

Menurutnya, dia bersama isteri dan tiga anak berusia antara 14 hingga 19 tahun segera keluar dari rumah bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Van itulah saya gunakan untuk berniaga pakaian, namun bersyukur tiada kemalangan jiwa atau kecederaan yang menimpa kami atau penduduk lain," katanya.