Ejen hartanah mengaku salah alih wang eksekutif pemasaran

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Seorang ejen hartanah didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengalihkan wang seorang eksekutif pemasaran sebanyak RM81,000 ke akaun bank miliknya bulan lalu.

Kor Hock Chuan, 37, dikenakan hukuman itu selepas mengaku salah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nur Farahain Roslan.

Iklan
Iklan

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Mengikut pertuduhan, pemuda itu didakwa dengan curang mengalihkan wang berjumlah RM81,000 milik Chow Paik Hwa ke akaun OCBC Bank miliknya.

Iklan

Kesalahan dilakukan di Jalan Daun Inai 7, Sunway SPK Damansara, di sini pada jam 4.29 petang antara 5 hingga 8 Oktober lalu.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Iklan

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang mencadangkan tertuduh diberi hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Ivy Chin Aiwei memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman ringan.

"Anak guam saya tidak mempunyai kes jenayah lampau dan ini merupakan kesalahan pertamanya.

"Beliau yang sudah berkahwin, mengaku menyesal dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan berkenaan,” katanya.