Tengku Zafrul menuju ke Parlimen

Iklan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz keluar dari Kementerian Kewangan untuk ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2021 hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meninggalkan Perbendaharaan Malaysia menuju ke Dewan Negara bagi pembentangan Belanjawan 2021.

Tengku Zafrul turun daripada pejabatnya ke lobi utama jam 2.30 petang sebelum bacaan doa selamat oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah.

Iklan
Iklan

Beliau yang segak mengenakan baju Melayu berwarna biru cair lengkap dengan samping biru memegang beg sampul kelabu yang mengandungi teks ucapan Belanjawan 2021.

Ketika disapa pemberita mengenai perasaannya buat pertama kali membentangkan belanjawan itu, Tengku Zafrul menjawab ringkas:

Iklan

"Okay" katanya sambil tersenyum sebelum memasuki kenderaannya.

Turut sama dalam konvoi ke Parlimen adalah Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri, Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon.

Iklan

Belanjawan 2021 yang dibentangkan jam 4 petang ini merupakan belanjawan sulung oleh kerajaan Perikatan Nasional.

Pembentangan ini menjadi tumpuan kerana negara sedang mengharungi krisis kesihatan yang sama sekali tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu pandemik koronavirus (Covid-19) sehingga menimbulkan gangguan besar dalam kehidupan dan mata pencarian segenap lapisan rakyat, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.