KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 2.20 petang ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 451 kilometer (km) selatan dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 118 km.
Bagaimanapun, kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - Bernama