Parcel scam: Ibu tunggal rugi RM7,450

Iklan
Noorzainy

BUTTERWORTH - Seorang ibu tunggal kerugian RM7,450 akibat terpedaya dengan sindiket 'parcel scam' atau penipuan kiriman bungkusan.

Mangsa dipercayai diperdaya dengan kata-kata manis lelaki warga asing.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa berusia 41 tahun berkenalan dengan lelaki berkenaan di Facebook memperkenalkan diri sebagai Vivid Hamad Kim pada minggu lalu.

"Tanpa bersua muka dan hanya berhubung secara dalam talian, mangsa yang kini bekerja sebagai operator kilang di sini, terpedaya dengan pujukan suspek serta mempercayainya tanpa usul periksa.

Iklan

"Mangsa sering berhubung dengan suspek melalui aplikasi Messenger di laman Facebook," katanya.

Katanya, selepas beberapa hari berkenalan, suspek memberitahu dia sudah menghantar sebuah kereta, wang serta barang perhiasan sebagai hadiah perkenalan.

Iklan

"Suspek menyatakan niat mahu mengahwini mangsa dan pada Rabu lalu mangsa dihubungi oleh syarikat penghantaran ABC Cargo Company dan nyatakan sekiranya mahu ambil barang tersebut mangsa perlu bayar cas penghantaran berjumlah RM2,450 serta RM5,000 atas alasan ditahan oleh pihak kastam.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa memasukkan wang berkenaan ke satu akaun RHB yang diberikan dah telah lakukan transaksi sebanyak dua kali berjumlah RM7,450.00, mangsa diperdaya dengan diberitahu itu merupakan akaun pegawai kastam," katanya.

Menurutnya, mangsa sekali lagi diminta lakukan transaksi sebanyak RM23,000 dan sekiranya gagal akan di dipenjarakan.

"Mangsa berasa takut dan telah menceritakan hal tersebut kepada ahli keluarga.

"Menyedari ia merupakan satu penipuan, mangsa kemudiannya membuat laporan kepada pihak polis," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.