SHAH ALAM - Kerajaan memperuntukkan RM1.5 bilion bagi melaksanakan Program Jaringan Prihatin bertujuan mengurangkan beban kewangan golongan B40 mendapatkan kemudahan internet.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bermula suku pertama 2021, lebih kurang lapan juta penerima dari golongan B40 akan menerima bantuan RM180 seorang dalam bentuk kredit telekomunikasi.