Pheu Thai calonkan wanita sebagai PM

Iklan
Sudarat Keyuraphan

BANGKOK - THAILAND. Parti Pheu Thai, semalam yang digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2014 memilih sekutu rapat bekas perdana menteri, Thaksin Shinawatra sebagai calon utama perdana menteri dalam pilihan raya dijadualkan pada 24 Mac depan.

Sudarat Keyuraphan bakal berdepan dengan Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha dalam pemilihan tersebut walaupun beliau belum mengesahkan pencalonannya dalam parti protentera.

Iklan
Iklan

Ahli politik veteran berusia 57 tahun itu turut membantu mengasaskan parti Thai Rak Thai yang diasaskan sebelum parti Pheu Thai.

'Saya telah menerima peranan kepimpinan. Kini, saya bersedia untuk bertanding sebagai perdana menteri. Saya yakin Pheu Thai akan memenangi pilihan raya tersebut," kata wanita terbabit.

Iklan

Difahamkan, parti yang setia kepada Thaksin telah memenangi setiap pilihan raya sejak 2001, namun beliau disingkirkan tentera pada 2006 disusuli adiknya, Yingluck yang menerima nasib sama pada 2014.

Kedua-dua mereka kini hidup dalam buangan dan telah disabit bersalah dalam kes rasuah dan kecuaian tugas. - Reuters

Iklan