Samping Tengku Zafrul hasil tenunan penghuni Penjara Penor

Iklan
Tengku Zafrul yang memakai samping tenunan banduan Penjara Penor memanjatkan doa ketika berada di Kompleks Kementerian Kewangan sebelum bergerak ke Bangunan Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2021 hari ini.

KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendedahkan kain samping yang dipakainya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat ialah hasil tangan penghuni Penjara Penor, Pahang.

"Samping yang saya kenakan pada hari ini adalah tenunan Pahang Diraja," katanya.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Jabatan Penjara Malaysia akan diperuntukkan RM20 juta bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan antaranya untuk memberikan kemahiran vokasional kepada banduan.

Penghuni Penjara Penor yang menghasilkan kain tenun di Bengkel Tenun Pahang Diraja Penjara turut pernah menerima kunjungan Permaisuri Agung, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto Bernama

"Melalui program ini, banduan penjara menghasilkan pelbagai jenis produk di bawah MyPRIDE dan Tenun Pahang Diraja," katanya.

Iklan

Beliau berkata, bagi menggalakkan majikan menyediakan peluang pekerjaan kepada bekas banduan dan bekas penagih dadah serta mengintegrasikan golongan ini ke dalam masyarakat, potongan cukai tambahan yang diberikan kepada majikan yang menggaji golongan ini akan dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2025.

Iklan