Tengku Zafrul ajak ahli Parlimen, rakyat bermuafakat atas perkara dasar

Iklan
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Parlimen, hari ini. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyeru semua ahli Parlimen dan rakyat negara ini untuk bersama-sama bermuafakat atas perkara dasar, meskipun sebelum ini berbalah dan berbeza pandangan atas perkara cabang.

Menurutnya, rakyat negara ini perlu bersyukur bahawa mereka masih kuat menggagahi semua ini dengan kuatnya negara kerana rakyatnya tabah berkorban membentengi negara.

Iklan
Iklan

"Saya punya sebuah kepercayaan. Betapa bangsa Malaysia ialah bangsa yang berani, bangsa yang kuat, yang bila sepakat kita mampu melakukan yang luar biasa. Atas hakikat itulah Belanjawan 2021 ini mengangkat sebagai tema 'Teguh Kita, Menang Bersama'.

"Kita boleh berbalah dan berbeza pandangan atas perkara cabang, namun bermuafakatlah kita atas perkara dasar.

Iklan

"Jika sebelum ini kita pernah bersama sebulat suara bersetuju dengan penubuhan Kumpulan Wang Koronavirus (Covid-19), adalah harapan ramai dalam Dewan yang mulia ini mahupun rakyat di luar sana bahawa belanjawan ini dijulang menjadi kanun saksi perpaduan kita demi rakyat," katanya sewaktu membentangkan usul Belanjawan 2021di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan