Penunggang motosikal putus tangan kiri

Iklan
Penunggang motosikal putus tangan kiri selepas terlibat kemalangan di Tapah hari ini. - Foto ihsan PDRM dan pembaca

TAPAH - Seorang penunggang motosikal putus tangan kiri apabila terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 348.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang itu, mangsa dikenali sebagai Md Jasim, 37, warga Bangladesh parah dan dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pembonceng yang juga rakan senegara mangsa berusia 37 tahun juga parah apabila patah kedua-dua belah tangan.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa yang bekerja dalam sektor pembinaan menaiki motosikal jenis Honda 110KD dalam perjalanan dari Slim River menuju ke Ipoh.

Iklan

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan lalu melanggar penghadang besi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang cedera parah dibawa ke hospital tersebut untuk menerima rawatan.

Iklan

"Kenderaan terbabit ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan majikan mangsa telah dimaklumkan mengenai kejadian itu.

"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.