KUALA LANGAT - Bangkai seekor ikan lumba-lumba ditemui terdampar di kawasan pokok bakau di Pantai Cunang Tanjung Sepat di sini kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Sarimah Jamil berkata, spesis terancam itu ditemui oleh sekumpulan nelayan yang ke kawasan itu untuk mengutip teritip di kawasan itu.Menurutnya, ikan tersebut belum dialihkan sehingga jam 4 petang ini disebabkan status air pasang.
"Penemuan ikan itu saya dah panjangkan kepada Jabatan Perikanan."Kejadian adalah kali pertama berlaku di sini dan mungkin ikan tersebut sesat. Tiada kecederaan ditemui pada ikan tersebut ," katanya.