El Pescao 55 mungkin tidak berlumba minggu Ini

Iklan
Hafizh Syahrin

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berkemungkinan besar tidak dapat meneruskan perlumbaan pada Grand Prix (GP) Eropah di Litar Ricardo Tormo, Valencia hujung minggu ini selepas terlibat dalam kemalangan pada sesi latihan bebas semalam.

Pelumba pasukan Aspar Racing itu berkata, kemalangan berkenaan menyebabkan dia mula merasai semula kesakitan pada kakinya akibat kemalangan pada GP Austria di Litar Red Bull Ring, Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Menurut Hafizh, dia juga sudah mula menggunakan topang bagi menyokong pergerakannya.

"Saya agak kecewa kerana terlibat dalam kemalangan tadi (semalam). Sesi latihan bebas semalam berlangsung dalam suasana hujan dan saya memang gemar keadaan litar yang basah.

Iklan

"Cuma pada selekoh terakhir saya tidak tahu apa yang berlaku apabila saya hilang kawalan pada jentera dan terbabas," katanya yang kini berada pada kedudukan keenam belas dengan 17 mata dalam Kejuaraan Dunia.

Hafizh Syahrin pernah mengalami kecederaan sama apabila terlibat dalam kemalangan pada GP Austria lalu yang sekali gus menyebabkan dia tidak menyertai beberapa perlumbaan selepas itu.

Iklan

Sementara itu, Hafizh Syahrin memohon maaf kepada pasukannya terutamanya kepada semua krew teknikal yang bertungkus lumus menyediakan jentera terbaik kepadanya bagi mengharungi perlumbaan berkenaan.

"Bagi saya mereka sudah melakukan kerja yang terbaik setakat ini dan saya mohon maaf kerana gagal mengawal jentera dan mengalami kemalangan kali ini.

"Apa pun, saya berharap semuanya ok dan saya dapat meneruskan perlumbaan kali ini," katanya.