Belanjawan 2021: Sukar puaskan hati semua orang

Iklan
Rusmawati Said

SHAH ALAM - Penganalisis Ekonomi, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Rusmawati Said menegaskan Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam sukar untuk memuaskan hati semua orang.

"Untuk memuaskan hati semua orang memang tidak boleh. Dalam ekonomi sendiri, kehendak manusia tidak terbatas,” katanya.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, menerusi Belanjawan 2021, semua pihak perlu melihat kepada golongan yang mana perlu dibantu dan wujud dalam belanjawan, golongan sasar tersebut yang mana mereka boleh bangun semula dan menyumbang kembali kepada ummah.

Rusmawati berkata, Belanjawan 2021 juga sangat jelas dan ia menunjukkan kerajaan memberikan penekanan kepada isu-isu rakyat termasuklah isu golongan B40.

Iklan

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai perbandingan The Great Depression yang berlaku pada tahun 1930 dengan situasi negara yang berdepan dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19), Rusmawati berkata, kedua-dua situasi itu berbeza.

"Apa yang berlaku di negara kita dan seluruh dunia kini ialah disebabkan faktor kesihatan. Kalau dalam pengukuran ekonomi menerusi ‘Human Development Index’, kita mengambil penunjuknya ialah kesihatan, pendidikan dan pendapatan.

Iklan

"Jika kesihatan tidak baik, ia soal hidup dan mati, keadaan ekonomi akan tergugat. Kali ini masalah kesihatan berlaku di seluruh dunia berbanding The Great Depression itu mungkin berlaku di Eropah dan memberikan ruang kepada mereka untuk melakukan revolusi dan penjelajahan,” katanya.

Menurutnya, penularan Covid-19 berlaku serentak dan tidak terkecuali sekali gus memberikan kesan kepada ekonomi.

Beliau berkata demikian selaku panelis Wacana Al Quran Siri 15 yang merupakan Edisi Khas Belanjawan 2021: Pertaruhan Harapan Rakyat yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian semalam.

Bergandingan bersama beliau sebagai panelis, Profesor Madya di Institut Kewangan dan Perbankan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Aznan Hasan manakala Ketua Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail sebagai moderator dan qari, Tirmizi Ali yang mengalunkan bacaan Surah Yusuf.