WASHINGTON - Tuduhan Presiden Donald Trump mengenai adanya penipuan pada pilihan raya Amerika Syarikat (AS) di Philadelphia adalah tidak berasas, kata Datuk Bandar, Jim Kenney dalam sidang media Jumaat, lapor agensi berita Sputnik.
"Beberapa pihak termasuk presiden terus buat dakwaan mengenai penipuan... tetapi pasukannya tidak kemukakan sebarang bukti. Apa yang kita lihat di Philadelphia adalah demokrasi,” kata Kenney.
Kempen Trump pada Khamis mengemukakan tuntutan mahkamah terhadap pegawai pilihan raya Philadelphia, menuntut pengiraan undi dihentikan sehingga pemerhati Republikan dibenarkan memantau proses itu. - Bernama