Covid-19: Polis Perak ambil langkah pencegahan

Iklan
Goh Boon Keng

PARIT BUNTAR - Polis Perak telah mengambil langkah pencegahan sewajarnya untuk memastikan keselamatan awam susulan kes positif koronavirus (Covid-19) melibatkan seorang anggotanya di sini.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Goh Boon Keng berkata, anggota berkenaan disahkan mengalami jangkitan itu selepas pulang bercuti dari Sabah.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun menurutnya, anggota terbabit sudah menjalani kuarantin seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan telah sembuh.

"Buat masa ini, hanya satu kes itu sahaja yang kita terima, tetapi ia bukanlah melibatkan jangkitan di sini (tempatan), beliau bercuti di Sabah dan balik ke sini sebelum didapati positif.

Iklan

"Anggota berkenaan telah dimasukkan ke wad dan telahpun sembuh dan sekarang sudah keluar dari hospital," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Mukim Parit Buntar di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat.

Iklan
Boon Keng (tengah) ketika mengadakan tinjauan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Simpang Lima di sini hari ini.

Terdahulu tular di aplikasi WhatsApp meminta orang ramai mengelak daripada mengunjungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh selepas dikatakan seorang pegawai penyiasat yang bertugas di situ didapati positif Covid-19.

Boon Keng berkata, selain anggota, pihaknya turut menerima kes-kes membabitkan orang kena tahan (OKT) yang disahkan positif Covid-19 selepas menjalani saringan kesihatan.

Katanya, yang terbaru adalah melibatkan pesalah dari tangkapan IPD Ipoh dan Muallim pada bulan lepas.

"Mujurlah pada saringan kedua, kesemua mereka telah didapati negatif.

"Bagi kes-kes seperti ini, kita sentiasa menjalin kerjasama erat dengan KKM untuk pengesanan kontak rapat bagi tujuan kuarantin serta mengenal pasti mereka yang bergejala menjalani rawatan atau dimasukkan ke wad sekiranya perlu.

"Kita juga meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjalankan sanitasi di semua kawasan yang terlibat terutama balai polis," katanya.