Ketua Turus Rumah Putih dijangkiti Covid-19

Iklan
Mark Meadows. - Foto: ABC News

WASHINGTON - Ketua Turus Rumah Putih, Mark Meadows dijangkiti koronavirus (Covid-19), menurut laporan pada Jumaat, lapor Agensi Anadolu memetik Bloomberg.

Tidak dapat dipastikan bila Meadows dimaklumkan dijangkiti virus itu atau sama ada mengalami gejala.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, Meadows memberitahu rakan sekerja yang rapat dengannya selepas pilihan raya Amerika Syarikat Selasa lalu.

Bloomberg juga melaporkan pengarah kempen Trump untuk strategi perang Nick Trainer turut diuji positif virus itu.

Iklan
Iklan

Pada awal Oktober, Trump dan isteri Melania Trump, dijangkiti Covid-19 selepas pembantunya Hope Hicks didapati positif. - Bernama