Proses perolehan projek Belanjawan 2021 dibuat secara telus

Iklan
Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) harap proses perolehan projek koridor ekonomi dilakukan secara telus dengan memberikan keutamaan kepada golongan profesional dan kontraktor tempatan. Gambar kecil: Ar Ezumi Harzani Ismail

SHAH ALAM - Langkah kerajaan untuk melaksanakan program koridor ekonomi termasuk projek infrastruktur pengangkutan, perkhidmatan lebuh raya dan rel dalam Belanjawan 2020, amat dialu-alukan.

Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Datuk Ar Ezumi Harzani Ismail berkata, proses perolehan projek dalam belanjawan diharap dilakukan secara telus dengan memberikan keutamaan kepada golongan profesional dan kontraktor tempatan.

Iklan
Iklan

Selain itu menurutnya, skim transformasi digital yang dicadangkan turut akan membantu memajukan perniagaan.

"Transformasi digital melalui Building Information Modeling (BIM) akan membawa industri pembinaan maju jauh ke depan. Bagaimanapun usaha itu setakat ini tidak mencapai peningkatan yang ketara.

Iklan

"PAM berharap peruntukan tersebut digunakan bukan hanya untuk pembelian komputer dan sistem, tetapi membangunkan strategi perlaksanaan BIM secara tersusun yang lebih fokus bagi melahirkan peneraju transformasi digital," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ezumi Harzani berkata, peruntukan insentif pemilikan rumah mampu milik akan merangsang industri pembinaan dan memacu aktiviti berkaitan yang lain dalam rantaian bekalan.

Iklan

"Peruntukan pembangunan luar bandar juga akan membantu meningkatkan industri pembinaan dengan peruntukan sebanyak RM2.7 bilion untuk pembangunan infrastruktur dan pembaikan rumah di kawasan luar bandar.

"Belanjawan 2021 adalah belanjawan rakyat yang disusun untuk kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan sosial bagi membantu negara kembali kepada pertumbuhan ekonomi yang positif," katanya.