Afif nafi dilantik Ketua Pengarah Jasa

Iklan
Gambar Afif yang tular di media sosial sejak semalam.

SEBERANG JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin menafikan akan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitternya semalam, Afif yang juga Ketua Pemuda Negara menyatakan perkara itu palsu.

Iklan
Iklan

Semalam, di beberapa laman sosial memaparkan gambarnya berserta ucapan tahniah di atas pelantikannya dalam menerajui agensi itu.

Semalam dalam Belanjawan 2021 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM85.5 juta kepada Jasa.

Iklan

Peruntukan yang disifatkan agak tinggi itu bagaimanapun menimbulkan polemik serta rasa tidak senang dalam kalangan rakyat serta sebilangan ahli Parlimen lain khususnya pembangkang.

Pada 2018, Jasa dan empat agensi lain dibubarkan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Iklan

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu berkata, kebanyakan institusi terbabit sebenarnya bukan sebahagian daripada kerajaan yang sepatutnya memberi nasihat kepada kerajaan.