Rumah, kereta rosak dilanda ribut
Iklan
Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Gambar hiasan
LANGKAWI - Sebanyak 17 rumah dan 15 kereta rosak dalam kejadian ribut yang melanda Kampung Yooi di sini tengah hari tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Langkawi, Kapten (PA) Ahmad Shahfikri Darus berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima kira-kira jam 12.40 tengah hari sebelum sepasukan dengan kekuatan 10 anggota dikerah ke kampung terbabit.
Iklan
Iklan
"Angin kuat serta hujan lebat di lokasi tersebut menyebabkan pokok serta tiang elektrik tumbang. Pokok tumbang pula telah menghempap rumah, kereta serta menghalang laluan Jalan Kampung Yooi.
"Kejadian turut melibatkan kerosakan seperti bumbung rumah diterbangkan angin. Setakat ini, sejumlah 17 buah rumah, 15 kereta serta tiga buah rumah kedai terjejas akibat kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Katanya, APM Daerah Langkawi dengan kerjasama pelbagai agensi sedang mengalih serta membersihkan pokok tumbang di sekitar kampung berkenaan.
"Kami juga sedang mengumpul maklumat terperinci kerosakan yang berlaku akibat kejadian itu, maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka," katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam" /><meta itemprop="description" content="YouTuber kongsi pengalaman selamatkan empat mangsa bot karam
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam
#SinarHarian #BeritaSemasa #selamatkanmangsabotkaram #pulaujarak" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-11-22T08:05:36.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/XPHuy1dG3kjhIe-Uc/x180" /><meta itemprop="duration" content="P113S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x99kmyk" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x99kmyk"></script>