Biden tidak akan biar proses kira undi dihalang

Iklan
Joe Biden

WASHINGTON - Calon Demokrat Joe Biden berkata, tidak akan membiarkan siapa pun menghentikan proses penjumlahan undi dan setiap kertas undi akan dikira, lapor Agensi Berita Sputnik.

"Demokrasi berfungsi. Undian anda akan dikira. Saya tidak peduli macam mana payahnya orang berusaha untuk menghalangnya. Saya sama sekali tidak akan membiarkannya berlaku," kata Biden dalam ucapannya pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Biden menyeru pengikutnya supaya bertenang dan sabar, pengiraan undi di beberapa negeri masih dijalankan.

"Saya tahu ketegangan boleh memuncak selepas pilihan raya sukar ini seperti yang baru saja kita lakukan. Tetapi apa pun kita perlu tetap tenang, sabar dan membiarkan prosesnya berjalan lancar kerana kita mengira semua undi," katanya.

Iklan

Biden berkata, rakyat sudah memberikannya mandat untuk mengatasi masalah seperti pandemik koronavirus (Covid-19), ekonomi dan perubahan iklim.

"Sejumlah orang Amerika daripada semua kaum, kepercayaan, agama memilih perubahan lebih baik berbanding yang sedia ada. Mereka telah memberi kita mandat untuk bertindak terhadap Covid-19, ekonomi, perubahan iklim dan rasisme." katanya. - Bernama

Iklan