Belanjawan 2021: Muhyiddin bersiaran malam ini

Iklan

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin akan bersiaran langsung secara eksklusif bagi mengupas perincian Belanjawan 2021 dan cabaran semasa di saluran televisyen tempatan pada jam 8.30 malam ini.

Menerusi poster makluman yang dimuat naik di Facebook rasmi Muhyiddin petang tadi, siaran langsung itu akan disiarkan di saluran Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro Awani dan TV3.