KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Maahad Al Yahyawiah, Padang Rengas, Kuala Kangsar di Perak.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah itu akan berkuat kuasa selama dua minggu bermula 8 November sehingga 21 November ini.
Iklan
Iklan
"Mesyuarat khas menteri hari ini telah diberi taklimat mengenai situasi yang melibatkan Maahad Al Yahyawiah di Padang Rengas, Kuala Kangsar, Perak.
"Sehingga 27 November, Kementerian Kesihatan mengesan 27 kes positif Covid-19 di kawasan itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Iklan
Iklan