Empat suspek kemalangan maut anggota polis didakwa esok

Iklan
Nahas yang menyebabkan seorang anggota polis maut ketika berlaku kejar-mengejar di Jalan Kangkar Tebrau di sini pada 1 November lalu.

JOHOR BAHRU - Empat suspek yang dipercayai terlibat dalam nahas jalan raya sehingga menyebabkan anggota polis berpangkat konstabel maut ketika kejar-mengejar di Jalan Kangkar Tebrau pada 1 November lalu, akan dituduh di Mahkamah Majistret di sini esok.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman berkata, mereka berhadapan pelbagai tuduhan antaranya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara meluru dan di bawah pengaruh dadah.

Iklan
Iklan

Selain itu, mereka juga berhadapan Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah dalam badan.

"Ya, kesemua suspek itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Konstabel polis maut ketika kejar penjenayah

Terdahulu kesemua suspek direman sejak Isnin lalu setelah ditahan dalam serbuan berasingan antara jam 2 petang hingga 9 malam di sekitar Johor Bahru pada malam kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20 maut manakala rakan setugas Mohd Fadhirul Musa 32, cedera parah selepas kereta peronda MPV dinaiki mereka terlibat kemalangan sewaktu mengejar sebuah Perodua Myvi di Jalan Kangkar Tebrau.

Iklan

Kenderaan MPV itu telah bergesel dengan Perodua Myvi sebelum berlanggar dengan sebuah Perodua Aruz.

Hasil pemeriksaan polis ke atas Perodua Myvi itu, menemukan dua botol alat dipercayai digunakan untuk menghisap dadah jenis syabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Keluarga konstabel polis maut nahas masih terkejut

Polis sedang lengkapkan kertas siasatan kes anggota polis maut