KUALA LUMPUR - Seramai 12 pelajar Universiti Malaysia Kelantan yang terkandas susulan banjir besar di Pekalongan, Jawa Tengah, Indonesia dijangka pulang malam ini dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada pukul 12.20 tengah malam.
Jurucakap Wisma Putra berkata, mereka yang terdiri daripada 10 pelajar wanita dan dua lelaki itu berada di kawasan berkenaan bagi menjalani latihan perindustrian dalam sektor pembuatan batik.
Iklan
Iklan
"Mereka yang dibawa keluar dari kawasan banjir itu pada Ahad lepas (27 Jan) terpaksa meredah perjalanan hampir 350 km dari Pekalongan ke Jakarta.
"Kesemua pelajar itu kemudiannya ditempatkan di penempatan sementara di Malaysia Hall, Jakarta sehingga urusan membawa pulang mangsa selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Menurutnya, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dijangka menyambut ketibaan mereka.
Baru-baru ini, media antarabangsa melaporkan hujan lebat selama dua hari bermula 26 Januari menyebabkan berlaku banjir besar di beberapa kawasan di Jawa Tengah.- Bernama
Artikel Berkaitan