Bank mampu teruskan lanjutan moratorium

Iklan
Muhyiddin ketika program Agenda Awani bersama Perdana Menteri berbicara tentang Belanjawan 2021 dan Cabaran Semasa yang disiarkan secara langsung malam ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat institusi perbankan mampu untuk meneruskan pelanjutan moratorium secara bersasar.

Jelasnya, dalam suasana perniagaan semakin jatuh, ia mendatangkan kerugian sekiranya bank menyimpan dan tidak melaksanakan kecairan.

Iklan
Iklan

"Lebih baik bank menyokong perniagaan dengan memberikan lanjutan moratorium secara bersasar supaya perniagaan mampu berdiri dan peminjam bayar semula bagi memberi kebaikan dan faedah kepada bank.

"Sebab itu Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan bank-bank ini supaya memberi perhatian dan jangan menolak sahaja selain bersedia berunding untuk lanjutan moratorium," katanya ketika menjadi tetamu program 'Agenda Awani Ekslusif Bersama Perdana Menteri: Belanjawan 2021 dan Cabaran Semasa' yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan malam ini.

Iklan

Muhyiddin berkata, sehingga kini sebanyak 98 peratus permohonan moratorium lanjutan diluluskan, bahkan ada pihak yang meminta supaya ia disambung lagi.

"Bank perlu menyokong perniagaan dengan memberikan pinjaman supaya peminjam mampu berdiri dan membayar balik (pinjaman). Itu akan memberikan faedah kepada bank," katanya.

Iklan