Pemandu Perodua Axia lawan arus diburu polis

Iklan
Kereta Produa Axia yang melawan arus di BKE.

BUKIT MERTAJAM - Polis sedang mengesan pemandu kereta Perodua Axia yang memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Butterworth Kulim (BKE), di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, walaupun tiada kemalangan dilaporkan namun perbuatan pemandu berkenaan mengundang bahaya dan kemarahan pengguna jalan raya lain.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis kini sedang mengesan maklumat dan nombor pendaftaran kereta itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran.

"Setakat ini tiada laporan polis dibuat oleh sesiapa termasuk individu yang merakam video kejadian berkenaan.

Iklan

"Pengguna lebuh raya yang menyaksikan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu video sebuah kereta dipandu secara melawan arus di Kilometer 4.8 BKE, di sini.

Iklan

Video berdurasi 51 saat itu menunjukkan sebuah kereta dipercayai Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus dan mengejutkan pemandu kereta lain.