BUTTERWORTH - Legenda bola sepak negara yang pernah membarisi skuad Olimpik Munich 1972, Datuk Mohamad Bakar meninggal dunia di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) di Kepala Batas, Pulau Pinang pagi tadi.
Allahyarham yang pernah menjadi Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya sebelum ini menghidap penyakit kegagalan tulang sum-sum menghasilkan darah.
Difahamkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang dan dikebumikan di Teluk Air Tawar di sini.
Mohamad memulakan karier sebagai pemain Pulau Pinang pada sekitar 1960an dan menjadi pemain kebangsaan sehingga penghujung 1970an. Selepas itu beliau menjadi penolong jurulatih skuad Olimpik Moscow 1980 sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya pada 1985.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican merakamkan ucapan takziah kepada Allahyarham di atas pemergian legenda bola sepak negara itu.