Belanjawan 2021: Lebih banyak projek di luar bandar

Iklan
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

KUALA LUMPUR - Lebih banyak projek pembangunan akan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar merangkumi infrastruktur dan juga ekonomi serta modal insan menerusi peruntukan RM10.19 bilion di bawah Belanjawan 2021, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Beliau berkata, ini seterusnya dapat menyokong pembangunan sosioekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera seperti mana digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

Iklan
Iklan

"Jumlah peruntukan kepada kementerian meliputi RM3.533 bilion peruntukan mengurus dan RM6.657 bilion peruntukan pembangunan, yang mana jumlah ini adalah RM431 juta atau 4.42 peratus lebih tinggi daripada peruntukan 2020.

"Jumlah peruntukan ini boleh dianggap besar terutamanya dalam keadaan ekonomi negara yang masih lagi terkesan oleh penularan wabak Covid-19," katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Menurutnya, kementerian akan memastikan peruntukan tersebut dibelanjakan dengan sebaik-baiknya ke atas program atau projek yang telah dirancang untuk kesejahteraan penduduk luar bandar.

"Perancangan ini akan meneruskan kesinambungan inisiatif keprihatinan kerajaan demi membantu rakyat dalam waktu sukar ketika pandemik Covid-19," katanya.

Iklan

Katanya, pembangunan orang asli juga tidak dipinggirkan dengan peruntukan sebanyak RM236.2 juta yang meliputi pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan serta pengukuran tanah bagi penandaan sempadan untuk memperkasa komuniti berkenaan. - Bernama