Permohonan bina hospital penyakit berjangkit dibawa ke EPU

Iklan
Chaw Ming menyampaikan taklimat media berkenan Belanjawan 2021 KKM di Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membina hospital penyakit berjangkit (NCD) telah dimasukkan di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata, setakat ini pihaknya masih menunggu kelulusan permohonan yang dibuat itu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebarang perkembangan lanjut mengenai permohonan tersebut akan dimaklumkan dari masa ke masa.

"Kalau tidak dapat pun projek ini (kita faham kerana ia) ambil masa minimum lima tahun.

Iklan

"(Ia termasuk untuk) kenal pasti tanah (tapak), proses rekaan dan sebagainya tapi yang pasti kita telah hantar permohonan kepada EPU," katanya pada sedia taklimat media di kementeriannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat KKM untuk membina hospital NCD di negara ini.

Iklan

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Chaw Min berkata, peruntukan untuk menangani NCD masih diteruskan dan tidak mengalami sebarang pengurangan.

Menurutnya, meskipun ketika ini kerajaan khususnya KKM memberi fokus dan keutamaan terhadap wabak koronavirus (Covid-19), namun aspek penyakit berjangkit tidak diabaikan.

"Malah peruntukan sebanyak RM19 juta untuk Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) adalah satu inisiatif tambahan untuk menangani masalah NCD," katanya.