Penduduk dengar bunyi helikopter terhempas

Iklan
Rakaman gambar sebuah helikopter yang terhempas di kawasan Taman Melawati, Ampang hari ini.
 -Foto Bernama

AMPANG - Penduduk di sekitar Taman Melawati terdengar bunyi helikopter terhempas kira-kira 11 pagi, hari ini.

Penduduk yang enggan dikenali berkata, beliau menyedari kejadian itu ketika selesai melakukan aktiviti merentas hutan di sekitar kawasan itu.

Iklan
Iklan

"Saya bersama beberapa lagi penduduk bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati sebuah helikopter warna biru terhempas di hadapan sebuah apartmen dan sebuah lagi helikopter warna merah pula terhempas di padang Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Taman Melawati," katanya kepada media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Laporan awal mendapati kemalangan melibatkan dua buah helikopter bertembung dan terhempas.

Iklan

Difahamkan yang meninggal dunia dalam kejadian itu adalah jurulatih penerbangan Mohd Sabri Baharom dan Mohd Irfan Mohammed Rawi.

Menurut beliau, mangsa Mohd Sabri adalah jiran yang dikenalinya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kami kenal jam arwah pakai'

BSKU mulakan siasatan nahas helikopter: MOT

Helikopter terhempas: Dua maut termasuk bekas tentera laut

Dua maut helikopter bertembung, terhempas

"Mangsa adalah jiran saya, beliau merupakan seorang yang peramah," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, pengawal keselamatan Apartmen Hillside Taman Melawati Chan Chee Hoy turut terdengar bunyi kuat.

"Pada mulanya, saya ingat bunyi lori sedang mengangkat barang, sebelum terdengar bunyi kuat akibat helikopter terhempas di hadapan apartmen ini," katanya.

Sebelum ini polis mengesahkan identiti dua mangsa yang maut dalam nahas helikopter di Taman Melawati.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dua mangsa yang maut adalah Mohd Irfan dan Mohd Sabri.

Manakala, dua mangsa yang terselamat adalah Datuk Ahmad Jauhari Yahya yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAS) dan Tan Chai Elan.