'Pengorbanan Nicholester banggakan kami sekeluarga'

Iklan
Elizcavelynicy (tengah) sewaktu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru selepas tragedi kemalangan maut menimpa adiknya pada 1 November lalu.
JOHOR BAHRU - Ibu bapa kepada Konstabel Nicholester Dadup Unggat masih bersedih dengan kejadian yang meragut nyawa anak mereka, bagaimanapun tetap bangga dengan pengorbanan anaknya itu.

Perkara itu didedahkan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman ketika membacakan nota kakak mendiang, Elizcavelynicy Unchi Unggat, 23, dalam prosiding pendakwaan tertuduh kes berkenaan di Mahkamah Majistret Johor Bahru di sini hari ini.

Menurut Tengku Amir Zaki, berdasarkan nota itu, kakak mendiang menjelaskan kejadian berlaku itu merupakan kehilangan besar buat keluarga mereka.

Iklan
Iklan

"Mendiang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, selain turut memiliki dua adik beradik tiri. Mendiang turut menghantar wang belanja kepada ibu bapanya.

"Walaupun masih terkejut dengan tragedi itu, ibu bapa tetap berasa bangga kerana mendiang maut terkorban ketika menjalankan tugas sebagai seorang anggota polis," katanya di hadapan Majistret Mohd Zaki Abd Rahman.

Iklan

Terdahulu, seorang pemandu Myvi, Mohd Syafiq Lokman, 26, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan denda RM 30,000 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini, selepas mengaku salah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang anggota polis pada 1 November lalu.

Mohamad Shafiq Lokman, 26, yang bekerja pembantu kedai membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan.

Iklan

Sementara itu, suspek utama yang merupakan pemandu Perodua Myvi yang mengakibatkan kemalangan maut berkenaan, Mohamad Shafiq Lokman, 25, dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun berserta denda RM30,000 jika gagal tambahan 12 bulan penjara kerana kesalahan berkenaan.

Dia dijatuhkan hukuman tersebut selepas membuat pengakuan bersalah.

Dalam kejadian kira- kira jam 6 pagi itu, Konstabel Nicholester Dadup Unggat, 20, maut manakala rakan setugasnya Lans Koperal Fadhirul Musa, 32, cedera parah selepas kereta peronda MPV polis dinaiki mereka terlibat kemalangan ketika mengejar sebuah Perodua Myvi yang disyaki penjenayah di Jalan Kangkar Tebrau.

Sementara itu, Tengku Amir Zaki turut memberitahu mahkamah bahawa seorang lagi rakan setugas mendiang, Mohd Fadhirul yang merupakan pemandu kereta peronda MPV dalam kejadian itu masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail.

Menurutnya, tahap kesedaran Mohd Fadhirul masih rendah berikutan darah beku di kepala yang mengambil masa kira-kira tiga hingga empat bulan untuk pulih.

"Mohd Fadhirul dilaporkan akan menjalani pembedahan di bahagian mulut dan sebahagian mulanya untuk memasang pendakap bagi membolehkan dia bernafas secara normal seperti sebelum ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Konstabel polis maut ketika kejar penjenayah

Pemandu Myvi sebabkan kematian anggota polis dijel 8 tahun, denda RM30,000