Anwar akan bahas Belanjawan 2021 esok

Iklan
Anwar Ibrahim (Tangkap layar di Facebook Anwar Ibrahim hari ini.)

SHAH ALAM - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membahaskan Belanjawan 2021 dalam sesi perbahasan yang akan bermula pagi esok di Dewan Rakyat.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh beliau dalam satu hantaran di Facebook beliau hari ini.

Iklan
Iklan

"Esok saya akan membahaskan dengan lebih lanjut Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat pada jam 11 pagi, Insya- ALLAH,” katanya.

Jumaat lalu, Anwar melalui satu video pendek di laman Facebook beliau telah mengkritik kerajaan kerana didakwa gagal membentangkan belanjawan yang mampu membela golongan miskin atau berupaya memulihkan ekonomi negara.

Iklan

Katanya, kerajaan gagal memberikan gambaran bagaimana langkah-langkah yang diambil dalam belanjawan mampu merangsang dan memacu kembali pertumbuhan ekonomi negara.

Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menuntut penjelasan kenapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Kementerian Komunikasi dan Multimedia diperuntukkan lebih RM80 juta, manakala golongan miskin dan orang kurang upaya diberikan jumlah jauh lebih kecil.

Iklan