Tak ‘gogek’ pilih Azmin

Iklan

KOTA BHARU – Pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan merupakan pilihan terbaik.

Ketua Wanita PKR Kelantan, Norhanazalmah Mohd Yusof berkata, kewibawaan Mohamed Azmin dalam politik mahupun ekonomi juga lebih baik berbanding pemimpin lain di Kelantan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelantikan Timbalan Presiden PKR itu, tidak bermakna Kelantan ketandusan pemimpin yang layak untuk menerajui MTNg negeri.

"Kita ada ramai tokoh politik antaranya Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr Radzi Jidin; Naib Presiden Amanah, Husam Musa dan Pengerusi PKR Kelantan, Datuk Mohamad Suparadi Md Nor.

Iklan

"Namun mereka mempunyai jawatan lain yang lebih penting maka tak ‘gogeklah’ (pilihan terbaik) kalau Mohamed Azmin diberi peranan tersebut,” katanya.

Malah Norhanazalmah berkata, pemilihan Mohamed Azmin dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Iklan

Beliau menasihati pemimpin PH Kelantan, supaya tenang dan akur dengan keputusan tersebut.

Jika ada pihak yang membuat bantahan, beliau tidak menolak berlakunya pepecahan dalam PH.