Enam gagal daftar masuk di pusat snuker dikompaun

Iklan
Polis Lipis mengeluarkan kompaun kepada enam individu yang melanggar SOP di sebuah pusat snuker di Kuala Lipis malam tadi.

KUALA LIPIS - Enam individu dikenakan kompaun kerana gagal mendaftarkan maklumat diri mereka ketika memasuki sebuah pusat snuker di Kompleks Alamanda di sini kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kesemua mereka berusia 27 hingga 59 tahun itu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2020.

Iklan
Iklan

"Mereka dikesan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kompaun dikeluarkan kepada kesemua mereka kerana gagal mendaftarkan masuk ketika berada di dalam premis perniagaan yang diperiksa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azli sehubungan itu menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan semasa masuk ke dalam premis awam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, polis akan terus mempergiatkan pemantauan bagi memastikan masyarakat di daerah ini mematuhi peraturan dan SOP ditetapkan dalam mencegah penularan wabak koronovirus (Covid-19).