KUCHING - Belanjawan 2021 Sarawak akan dibentangkan esok pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bersidang selama lima hari, kata Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar hari ini.
Belanjawan itu akan dibentang oleh Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg sebagai Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (2021) 2020, antara lima RUU yang dijadualkan dibentangkan dalam persidangan kali ini.