Raja Arab Saudi ucap tahniah kepada Biden

Iklan
Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman mengucapkan tahniah kepada Biden.

RIYADH- Kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) turut mendapat perhatian Raja Arab Saudi dan putera mahkotanya.

Raja Salman Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman mengucapkan tahniah kepada Biden dan Naib Presiden, Kamala Harris, lapor media rasmi negara itu, Saudi Press Agency.

Iklan
Iklan

Negara pengeksport minyak terbesar itu adalah negara Teluk terakhir yang memberikan ucapan tahniah kepada Biden atas kemenangan mengalahkan Donald Trump.

Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrian, Kuwait dan Qatar sudah pun mengucapkan tahniah kepada calon Demokrat itu selepas kemenangannya pada lewat malam Ahad.

Iklan

Iklan