LA PAZ - Luis Arce yang memenangi pilihan raya umum Bolivia, 18 Oktober lalu mengambil alih jawatan Presiden baharu negara Amerika Selatan itu untuk tempoh lima tahun, lapor agensi berita Xinhua.
"Saya berdiri di hadapan anda dengan penuh rasa gembira tetapi juga memikul tanggungjawab besar atas janji-janji yang dibuat semasa kempen dan saya komited untuk tunaikannya," kata Arce, 57, dalam ucapan sulungnya sebagai ketua negara.