Boleh mohon BPN 2.0 sehingga 15 November

Iklan
Orang ramai bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diminta supaya memohon BPN 2.0 selewat-lewatnya 15 November ini.

KUALA LUMPUR – Orang ramai bukan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020 sebelum ini dan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan diminta supaya memohon BPN 2.0 selewat-lewatnya 15 November ini.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pembayaran bagi permohonan baharu yang lulus akan dilakukan pada Januari tahun depan.

Iklan
Iklan

Katanya, permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui https://bpn.hasil.gov.my/ atau penghantaran borang manual ke pejabat LHDN berdekatan.

"BPN 2.0 adalah inisiatif kerajaan bawah Kerangka Inisiatif Tambahan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Kita Prihatin) bagi membantu rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

Iklan

"Orang ramai boleh melayari portal BPN di https://bpn.hasil.gov.my/ untuk muat turun syarat permohonan dan Soalan Lazim (FAQ) berkaitan bantuan itu,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas, hubungi Hasil Care Line melalui talian 03-89111000 atau 603-89111100 (Luar Negara); HASiL Live Chat; dan mengisi borang maklum balas di portal rasmi LHDN melalui pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Iklan