SYDNEY - Australia pada Isnin memulakan pembuatan vaksin percubaan Covid-19 tempatan yang dibangunkan Universiti Oxford dengan kira-kira 30 juta dos dirancang untuk dihasilkan, lapor agensi berita Xinhua.
Walaupun masih menjalani ujian klinikal, vaksin yang dikembangkan dengan kerjasama syarikat farmasi AstraZeneca, dianggap mempunyai potensi untuk digunakan di seluruh dunia.