Anwar minta Belanjawan 2021 diteliti semula

Iklan
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2021 tidak akan mendapat sokongan dengan mudah jika tidak benar-benar meliputi belanjawan Covid-19, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, terlalu banyak persoalan bermula dengan unjuran yang disifatkan tidak munasabah dan tidak realistik ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

"Belanjawan ini seperti yang dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan rakyat adalah belanjawan menangani Covid-19.

"Tetapi kumpulan wang Covid-19 hanya 5.3 peratus daripada keseluruhan belanjawan berjumlah RM322.5 bilion.

Iklan

"Kita diminta untuk menyokong dengan andaian ini belanjawan Covid-19, maka pandangan saya kita akan hanya menyokong kalau benar ia belanjawan Covid-19," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, penelitian semula perlu dilakukan supaya belanjawan Covid-19 diberi perhatian sepenuhnya termasuk melakukan beberapa pindaan.

Iklan

"Sebab itu saya usulkan supaya dana RM19 bilion peruntukan pembangunan, mesti dipindahkan dan diperbetulkan supaya dapat menyelesaikan masalah pengangguran, pelancongan, pendidikan, kemudahan digital yang betul-betul boleh berikan hasil perniagaan," katanya.

Anwar juga menekankan pentingnya Belanjawan 2021 diperincikan dengan telus khususnya soal unjuran pendapatan negara yang disifatkan mengelirukan dan tidak bertanggungjawab jika diteruskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar akan bahas Belanjawan 2021 esok