SEREMBAN - Orang ramai dilihat mematuhi dan mempraktikkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dengan memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal ketika berada di tempat awam ketika tinjauan hari pertama pelasanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Pasar Besar Seremban hari ini.
Kerajaan telah melaksanakan PKPB di semua negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang, dan Kelantan yang berkuatkuasa bermula hari ini 9 November hingga 6 Disember ini bagi mengekang penularan COVID-19.- Foto Bernama