PKPB: Ambil anak di asrama punca Plaza Tol Gombak sesak

Iklan
Trafik perlahan sepanjang 300 meter di sekatan jalan raya Plaza Tol Gombak sekitar jam 1 tengah hari ini.

GOMBAK - Hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Kelantan dan Pahang hari ini menyaksikan kesesakan trafik di Plaza Tol Gombak pagi tadi.

Trafik sibuk sekitar jam 10 pagi dan bergerak perlahan di lokasi sekatan jalan raya di Plaza Tol Gombak menghala Karak.

Iklan
Iklan

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe sewaktu dihubungi Sinar Harian hari ini.

Arifai

"Memang ada pertambahan trafik hari ini, ada yang beri alasan untuk mengambil anak-anak dari asrama sekolah dan institusi pengajian yang diarah tutup di negeri-negeri yang melaksanakan PKPB. Tapi sekarang keadaan trafik sudah kembali terkawal," katanya ringkas.

Iklan

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian pada jam 1 tengah hari tadi mendapati trafik kembali lancar dan hanya sedikit perlahan ketika melalui kawasan pemeriksaan polis.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kelmarin mengumumkan keputusan kerajaan melaksanakan PKPB di semua negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama empat minggu, bermula 9 November sehingga 6 Disember depan.

Iklan

Pelaksanaan tersebut turut diteruskan bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terlebih dulu melaksanakan PKPB pada 14 Oktober lalu diteruskan hingga 6 Disember depan.

Trafik perlahan sepanjang 300 meter di sekatan jalan raya Plaza Tol Gombak sekitar jam 1 tengah hari ini.