SC beri amaran surat derma palsu

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengingatkan orang ramai berhubung surat derma palsu yang kononnya dikeluarkan oleh 'Badan Kebajikan Thalassemia Malaysia (944520K)' yang meminta sumbangan dengan secara palsu menamakan Pengerusi SC sebagai penasihatnya.

Penipu itu juga telah menyamar sebagai pegawai pengurusan kanan SC ketika membuat panggilan untuk memohon sumbangan, katanya dalam satu kenyataan.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, SC telah membuat laporan polis mengenai surat palsu berkenaan.

SC ingin menyatakan bahawa ia tidak membuat sebarang permohonan sumbangan daripada orang ramai.

Iklan
Iklan

Individu yang telah menerima sebarang permohonan sumbangan yang kononnya untuk atau bagi pihak SC atau mana-mana pegawainya, hendaklah segera menghubungi Pejabat Pelanggan dan Pelabur SC di aduan@seccom.com.my atau hubungi 03 - 6204 8999 untuk mengesahkan dan melaporkan perkara itu,” katanya.- Bernama