Belanjawan Survival Rakyat Malaysia

Iklan
belanjawan - survival
Covid-19 menyebabkan ekonomi banyak negara hampir lumpuh termasuk Malaysia. Pengangguran telah mencapai tahap tertinggi dalam beberapa dekad. Tiba-tiba ratusan ribu rakyat dilucutkan daripada mata pencarian ekonomi mereka.
Krisis Covid-19 meningkatkan tahap kemiskinan di negara ini buat pertama kalinya sejak krisis kewangan Asia 1998.

Kini semua ternanti-nanti apakah akan dilakukan kerajaan dalam mengatasi krisis ini? Mampukah Belanjawan 2021 membantu golongan miskin mengharungi detik paling sukar ini?