Kerajaan tubuh badan khas senarai kejayaan PH, bincang ekonomi

Iklan

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju untuk menubuhkan satu badan khas yang berperanan menyusun dan menyenaraikan cara kerja kerajaan sejak berjaya mengambil alih kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata badan khas tersebut akan memeriksa setiap tuduhan terhadap PH serta menyenaraikan apa yang dilakukan kerajaan PH.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir berkata, badan tersebut juga akan menyelaras peranan kerajaan untuk disampaikan kepada rakyat.

"Kerajaan dapati rakyat tidak tahu tentang apa yang sudah dilakukan kerana tiada penjelasan secara bersepadu dan bersama.

Iklan

"Jadi kita akan wujudkan badan yang akan memeriksa tuduhan-tuduhan terhadap PH dan apa dilakukan PH sejak ambil alih kerajaan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH.

Tambah beliau, walaupun ramai yang percaya kerajaan campuran PH tidak akan berjaya tetapi hakikatnya ialah sejak mengambil alih kerajaan, mereka boleh bekerjasama dengan baik.

Iklan

"Kerajaan baharu ini boleh laksanakan segala dasar dalam semua bidang termasuk ekonomi, politik, sosial dan juga bidang lain.

"Walaupun ia tidak dapat dilihat, tetapi banyak kejayaan sudah dicapai dan pencapaian serta kejayaan ini akan kita senaraikan tak lama lagi," katanya.

Pada masa sama Dr Mahathir berkata, Mesyuarat Majlis Presiden PH bersetuju untuk menubuhkan satu lagi badan khas yang akan meneliti dan membuat keputusan berkaitan ekonomi negara.

"Badan ini bertindak seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) seperti sebelum ini tetapi ditukar nama lain.

Kita akan tentukan semua masalah-masalah ekonomi akan dibawa kepada badan ini dan tentunya akan membolehkan kita membuat keputusan dengan lebih cepat dan berkesan," katanya.

Beliau mengakui pengurusan ekonomi hari ini agak berpecah kerana tiada satu badan yang menentukan tentang pelaburan dan sebagainya.