Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (tengah) mengadakan sidang media harian berkenaan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 972 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 41,181 kes manakala yang telah pulih sebanyak 1,345 kes dan lapan kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 294 kes. Turut kelihatan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Rohaizat Yon (kiri) dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Dr Hishamshah Mohd Ibrahim (kanan). - Foto Bernama
Sidang Media
Iklan