Ronaldo untuk dijual

Iklan
Juventus dilaporkan mahu menjual Ronaldo pada musim panas ini.

BINTANG sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan akan dijual bagi membolehkan kelab Turin itu mendapatkan wang tunai sebelum kontrak kapten skuad kebangsaan Portugal itu tamat.

Menurut laporan Sports, skuad Old Lady mempertimbangkan untuk menjual Ronaldo pada musim panas ini atas alasan kewangan susulan daripada penularan pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Pendapatan Ronaldo dianggarkan 540,000 pound (RM2.9 juta) seminggu - jumlah itu empat kali ganda lebih mahal berbanding pemain tertinggi dibayar Juventus, Matthijs de Ligt.

Kontrak pemain berusia 35 tahun itu berakhir pada tahun 2022 dan kelab gergasi Itali tersebut berdepan risiko melihat penyerang prolifik itu meninggalkan kelab secara percuma.

Iklan

Laporan turut menyatakan bahawa lanjutan terhadap perjanjian semasa dengan keuntungan kewangannya yang besar dipercayai tidak dapat dikekalkan.

Juventus berharap mereka dapat memperoleh kembali sejumlah 99 juta pound (RM536 juta) yang mereka belanjakan untuk mendapatkan khidmat Ronaldo dari Real Madrid dua tahun lalu.

Iklan

Ronaldo dibawa masuk bagi tujuan membantu skuad Bianconeri mendominasi Liga Juara-Juara, namun pengurusan tertinggi kelab itu kecewa selepas mereka tersingkir di peringkat suku akhir dan 16 terakhir sejak kehadiran bekas bintang Manchester United itu.