Dua dikhuatiri terperangkap tanah runtuh

Iklan
Usaha mengeluarkan mangsa sedang dilakukan di lokasi kejadian. Foto: JBPM Perak

IPOH - Dua individu dikhuatiri terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di sebuah vila di Tambun di sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kecemasan kejadian itu diterima pada jam 1.28 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 39 tahun dan wanita dipercayai pasangannya berusia 32 tahun.