Dr Nuing dipilih semula sebagai senator

Iklan
Dr Nuing Jeluing

KUCHING - Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dr Nuing Jeluing dipilih semula sebagai Senator Dewan Negara dari Sarawak bagi penggal kedua.

Pemilihan yang berlangsung semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) petang ini, menyaksikan Dr Nuing menjadi calon tunggal dan keputusan sebulat suara dicapai.

Iklan
Iklan

Pemilihan senator itu dibuat kerana tempoh tiga tahun Dr Nuing sebagai senator akan tamat pada 10 Disember tahun ini.

Terdahulu, Menteri Utiliti, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom (GPS-Kemena) telah mencadangkan Dr Nuing dan disokong oleh Datuk Dr Abdul Rahman Ismail (GPS-Bukit Kota).

Iklan

Dr Rundi ketika mencadangkan nama Dr Nuing berkata, sepanjang satu penggal perkhidmatannya, beliau telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai senator dengan penuh dedikasi selain aktif dalam persidangan Dewan Negara.

"Beliau juga sentiasa mempromosi dan melindungi kepentingan, hak dan kebajikan Sarawak,” katanya.

Iklan

Dr Rundi berkata, Dr Nuing pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di beberapa hospital di Sarawak sejak 1978 sebelum menyertai Sarawak Shell Berhad pada 1983 sebagai ketua pegawai perubatan syarikat Shell di Malaysia sehingga persaraannya pada 2007. - Bernama