PRN Sarawak: PSB mungkin jalin kerjasama dengan DAP

Iklan
Wong Soon Koh

KUCHING - Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan DAP pada pilihan raya negeri ke-12, yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh berkata, parti itu sedia bekerjasama dengan parti lain yang berkongsi matlamat dalam perjuangan politik mereka bagi membantu rakyat di negeri tersebut.

Iklan
Iklan

"Bagi kami, kami akan bekerjasama dengan orang yang berfikiran sama, berkongsi wawasan dan misi serupa, jika ia baik untuk rakyat di Sarawak, mengapa tidak?” katanya pada sidang akhbar ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini berhenti rehat.

Soon Koh, yang juga ADUN Bawang Assan adalah Menteri Kewangan Kedua Negeri Sarawak sebelum beliau melepaskan jawatan itu setelah membuat keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tahun lepas.

Iklan

Tiga lagi wakil rakyat yang bersama-sama beliau menyertai PSB ialah Datuk Ranum Mina (Opar), Johnical Rayong (Engkelili) dan Baru Bian (Ba’ Kelalan) yang juga Ahli Parlimen Selangau. Ahli Parimen Sri Aman, Masir Kujat turut menyertai parti itu.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang mengiringi Soon Koh pada sidang akhbar itu berkata, mereka boleh bekerjasama dengan PSB seperti yang dibuktikan hari ini apabila mereka bersama-sama membantah pindaan terhadap Perkara 16 Perlembagaan Negeri Sarawak semasa sidang DUN.

Iklan

Rang undang-undang bagi pindaan itu bagaimanapun telah ditangguhkan oleh Speaker DUN, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar pada akhir perbahasan atas alasan anomali dan penjelasan bagi tafsiran dalam rang undang-undang tersebut perlu ditangani terlebih dahulu.

"Kami daripada DAP dan PSB, kami telah menyatakan bantahan keras kami terhadap pembentangan rang undang-undang ini pagi tadi atas dasar bahawa DUN adalah benteng terakhir bagi mempertahankan hak-hak serta keistimewaan Sarawak,” kata Chieng Jen. - Bernama